Photobucket
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49) :6 ).

Rabu, 10 Januari 2007

hurmmmm.......

bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah….ada jugak ruang dan kesempatan untuk aku mencoret sedikit di dalam blog aku yang x seberapa nih.jam sekarang dah pukul 4.30 pagi…boring tul x leh tido.nak tunggu subuh,kang tetido telajak plak!!!!!member nak ajak sembang pun semua dah hanyut dibuai mimipi hehe.tinggal aku jela melayan benda nie ditemankan pemandangan waktu subuh yang amat mendamaikan,lebih2 lagi aku nak meluahkan sesuatu yang terbit kat hati nie..1st aku buat blog nie,entahla..aku rase sesuatu nak dikongsi n nak diluahkan..aku sekarang tengah duduk depan komputer, taip-taip perkataan yg banyak nak ditulis sejak datang ke sini iaitu KERTIH iaitu suatu tempat bakal aku duduki n memperolehi rezeki,..aku bersyukur ngn ape yang aku perolehi dan aku lebih menghargai diri sendiri… alhamdulillah, perjalanan aku sejak mula study meninggalkan kg halaman sekinchan selangor,terbang ke kuching sarawak.. dari sarawak pegi sambung lagik study ke kuala terengganu semata2 nak tuntut ilmu dan ketika disaat ini aku berada di kertih..,sempadan terengganu/pahang menjalani kemuncak sesuatu yang aku cita2kan.. telah dipermudahkan oleh Allah dengan sebanyak-banyak kesyukuran, Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…..hati nie, xhenti2 nak mengucapkan syukur padanye sbb dia saje tau ape yang aku lalui untuk capai ketahap nie,banyak dugaan n cabaran yang perlu dilalui n aku tempuh!!!…Masuk hari ni, tinggal 3 bulan lagik untuk aku tamatkan traning aku kat sini,sesuananye syukur,masa aku banyak bile traning kat sni,keja aku pun dah macam staf..4 hari keja n 4hari cuti..n biler cuti jek,aku balik kampung jumpe mak aku heheh ,aku memang anak manja..peh!! x sabar aku nak mula tempuhi alam pekerjaan,terasa lambat sangat!!!..aku dah x sabar nak capai ape yang aku idamkan n capai dari kecik..nak ada kehidupkan sempurna n membalas ramai orang yang banyak bantu aku!!!!tapi semakin dekat cita2 berada digenggaman..semakin hebat dugaan yang allah bagi kat aku!!!aku dah agak benda nie akan berlaku…bukan senang nak jadik senang beb!alhamdulillah Allah masih mberi hidayah kpd aku utk menyusuri jalan tarbiyyah…walaupun godaan n ujian dtg bertimpa2, aku bersyukur kepadanye..Dugaan menjaga diri sendiri tu lebih besar. tiap-tiap malam aku baca ayat-ayat yang aku hafal, berdoa agar aku selamat dunia akhirat.. aku kini adalah hasil pegalaman aku yg kelmarin… betapa pengalaman adalah guru yg terbaik dlm khidupan…mematangkn n mberi panduan serta iktibar utk mhadapi hari mendatang!!!aku tau lepas nie banyak dugaan n cabaran yang hebat menanti aku!!!hidup kat dunia yang penuh pembohongan…lagik2 di akhir zaman nie.peh aku mintak dilindungi n dirahmtai allah supaya aku berada dilindunginye…macam2 leh berlaku!!n satu lagik aku nak sentuh soal CINTA!!!Aku tak tau apapun pasal cinta. Aku tau sepertinya aku tau, tapi aku tak tau, hahah tak benar-benar tau. Cinta adalah harapan yang tersembunyi dalam hati, dan tak ada yang tau kecuali kita yang tau. Cinta itu membutakan!!Keabadian dalam waktu sesaat. Suatu kepercayaan yang layak dipertahankan sampai mati. Cinta juga kadang hanya membuang-buang waktu. Rasa sakit di hati dan membuat lubang di jantung aku. Bukan benar-benar seperti itu tapi aku senang berfikir Hati adalah organ misterius yang bermain dengan caranya sendiri. Ada seseorang yang pergi dan yang ditinggalkan. AKu rasa bukan misteri aku ini berada dikategori yang mana.. Aku tau cinta kali ini lebih besar dari yang biasa. Tapi bagaimana jika semua orang hanya punya satu cinta? Seperti aku yang memiliki satu cinta pemberian dari Yang Maha. Cinta yang selalu akan tersimpan dengan rapi di laci-laci hatiku dan kepala otak aku, bersama segala sesuatu hal dan senyuman yang sering aku sebut sebagai misteri dan keindahan!!!!hahahahha.abaikan pasal tue..dah melalut plak..banyak lagi yang aku nak tulis nih, terutamanya bab-bab yang berkaitan ngn pengalaman n dugaan tapi aku dah macam malas plak nak tulis!!lagipun dah kedengaran orang mengaji kat majid sebelah nie!!ermm sayu jek aku dengar,timbul rasa keinsafan.tue menandakan nak solat subuh jab lagik!!emm member aku pun dah ada yang bangun n aku nak chek frendster aweQ2 plak lepas nie!!!ada aweq ke???…mueheheh, dah datang sot ku plak. biasalah, budak separuh nakal, separuh lagi alim-alim kucing…. oklah, aku nak stop dulu, dah dekat pukul 5.47 pagi nie. apa pun , semoga Allah selalu membantuku, dan mempermudahkan urusanku di dunia dan akhirat….Insya Allah…amin amin amin Ya Rabbal A’lamin…. sekian , wassalam dan syukran jazielan......

TUHAN YANG ESA

Di dalam cahayaMu Tuhan
Ku harap petunjukMu
Di dalam sinaran purnama
Ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan Yang Esa,
Udara yang ku hirup
Terasa nikmatMu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilaiannya
Oh Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang

Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukanMu
Ku harap Kau lindungi
Hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa
Maha Pengampun

Ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas
Untuk hambaMu yang sering leka
Dengan rahmatMu dan kasih sayang Mu
Kau ampunilah segala dosaku
Moga selamat di dunia dan akhirat